Tips Pengembara/Travell : Cara Pilihan Tepat Penginapan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

TripAdivisor, Trivago, Expedia, Hostelbookers, Air bnb, Booking.com dan banyak lagi tapak site yang menjadi pilihan dalam memudahkan anda dalam mencari tempat penginapan terbaik dalam mengembara atau melancong di mana – man. Namun begitu bagaimana dengan nama sepeti berikut Couchsurfing?, Wwoofing?, Housesitting?, Warmshower?, Home Camp?, Nightswaping?, University Rooms?, pernahkah anda mendengarnya yang mana itulah gambaran atau terma yang selalu digunakan dalam mengambarkan jenis penginapan alternatif yang menjadi pilihan kedua dalam mengembara berbanding dengan penginapan biasa seperti hotel ataupun homestay.

  1. Couchsurfingice_screenshot_20160323-110040.png

Penginapan jenis ini mula diperkenalkan pada tahun 2003. Konsepnya adalah sangat mudah. Ianya seperti anda pergi melawat kawan anda dan tinggal di dalam rumahnya secara percuma. Ya, percuma tanpa sebarang bayaran (tertakluk kepada terma dan syarat). Syaratnya mudah, anda daftarkan diri anda dalam laman web komuniti Couchsurfing dan anda tawarkan bilik ataupun sofa di rumah anda untuk sesiapa sahaja yang datang ke Kota Bharu contohnya untuk menumpang bermalam.

Sebagai balasan anda juga dapat pergi ke mana-mana di seluruh dunia dan tumpang bermalam di atas sofa atau di dalam bilik di rumah sesiapa sahaja yang menawarkannya. Contohnya jika anda hendak ke Paris, maka anda carilah sofa atau bilik yang available di Paris pada tarikh yang anda ingin pergi. Kemudian hubungilah pemilik sofa atau bilik tersebut dan aturkan kedatangan anda.

Jadi lain kali anda harus membalas budi tersebut dengan memberikan penginapan di rumah anda kepada orang lain pula.

www.couchsurfing.com

2. Wwoofing

ice_screenshot_20160323-110447.png

Ini pula bagi mereka yang berminat dalam bidang pertanian organik. Anda boleh mengembara ke seluruh dunia dan tinggal dengan peladang organik. Anda akan diberikan penginapan dan makanan secara percuma dengan syarat anda perlu membantu mereka bekerja sekitar 4-6 jam sebagai bayaran untuk sehari penginapan dan makan minum. Anda boleh tinggal hanya sehari atau seminggu atau sebulan atau setahun bersama mereka.

3. Housesitting

ice_screenshot_20160323-110939.png

Ini pula adalah penginapan bagi penggemar haiwan peliharaan. Anda boleh tinggal di sesebuah rumah dengan percuma di seluruh dunia dengan syarat anda perlu menjaga haiwan peliharaan tuan rumah tersebut. Konsepnya mudah, tuan rumah hendak pergi bercuti dan mereka perlukan seseorang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka. Jadi anda boleh daftar sebagai penjaga haiwan dan ketika anda hendak pergi bercuti maka carilah mana-mana tuan rumah yang memerlukan penjaga untuk tempoh tersebut. Anda bolehh tinggal di dalam rumah tersebut dengan percuma dan menjaga haiwan peliharaan mereka.

Caranya mudah dimana anda perlu daftar dan buat pembayaran minimum samada bulanan atau tahunan. Selepas itu anda boleh tinggal di mana-mana rumah di seluruh dunia selama mana yang anda mahu

www.trustedhousesitters.com

4. Warmshower

ice_screenshot_20160323-111229.png

Ini adalah komuniti bagi mereka yang mengembara secara berbasikal. Konsepnya adalah sama seperti Couchsurfing dan ianya adalah 100% percuma. Anda hanya perlu bersetuju dengan syarat utamanya iaitu anda bersedia untuk menjadi hos kepada pengembara berbasikal lain yang datang ke tempat anda.

www.warmshowers.org

5. Home Camp

ice_screenshot_20160323-111415.png

Ini pula adalah bagi penggemar camping. Anda boleh bawa khemah dan pacak di mana-mana halaman rumah yang membenarkan anda berbuat demikian di seluruh dunia. Konsepnya adalah sama seperti homestay Airbnb namun tiada bilik ditawarkan kepada anda cuma tapak perkhemahan samada di halaman rumah, belakang rumah ataupun di kawasan ladang dan sebagainya dengan bayaran yang memang murah.

www.home-camp.com  / www.campinmygarden.com

6. Nightswaping

ice_screenshot_20160323-111537.png

“Malam” adalah matawang terbaru di Nightswapping. Konsepnya lebih kurang sama dengan Couchsurfing dan bila anda menjadi hos yakni memberikan penginapan kepada orang lain, setiap malam yang anda berikan atau hoskan tersebut akan bernilai satu malam juga jika anda ingin menginap di rumah orang lain nanti. Maknanya jika anda dah pernah hos 3 tetamu selam 7 malam maka anda juga boleh bermalam selama 7 malam di mana-mana ceruk dunia.

Namun jika anda tidak boleh menjadi hos yakni tidak dapat memberikan penginapan anda kepada orang lain maka anda boleh beli “malam” yang anda inginkan.

Harga satu malam adalah di antara RM30 hingga RM200 bergantung kepada jenis penginapandan ia tidak tertakluk kepada berapa orang. Kalau anda sekeluarga dalam 5 orang pun anda hanya bayar harga 1  malam tersebut sahaja. Tidak seperti laman homestay seperti Airbnb atau Wimdu, setiap tambahan ada caj per kepala.

www.nightswapping.com

7. University Rooms

ice_screenshot_20160323-111630.png

Teringin untuk tinggal di hostel di universiti terkemuka seperti Cambridge atau Oxford? Ini peluang anda. Banyak universiti membuka peluang untuk anda menginap di hostel atau penginapan mereka ketika cuti semester di mana para pelajar sudah meninggalkan kediaman masing-masing. Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM60 semalam.

Bolehlah anda merasa tinggal di universiti terkemuka tanpa perlu mengambil exam!

www.universityrooms.com

—————————————————————————————————–

Terdapat banyak lagi terma-terma penginapan baru yang diperkenalkan akhir-akhir ini seperti Bamping, Glamping, Champing dan sebagainya namun saya merasakan kurang sesuai bagi mereka yang inginkan penginapan yang murah.

Anda teringin mencuba yang mana?